Isnin, 9 Ogos 2010

CARA MEMBUAT KARIPAP SARDIN

KARIPAP SARDIN


BAHAN-BAHAN
2 biji kentang(anggaran 130-150 gm)-potong dadu

1 tin sardin cap ayam (230gm)-buang tulangnya,dihancurkan dan ambil sedikit saja sosnya

1/2 biji carrot(40 gm)-potong dadu dan kecil2

1 ulas bawang putih-racik halus

1/2 biji bawang besar-potong dadu

1-2 biji cili padi jika suka rasa pedas-potong kecil2

1 batang daun seleri-hiris halus

sehiris limau nipis-utk perahan

1 s/b mayonis jika suka

sedikit air utk melembutkan kentang

Caranya:

Tumis bawang putih dan cili padi yg dipotong halus. Masukkan bawang besar,goreng hingga wangi.Masukkan sedikit air,carrot,sardin hancur dan daun seleri.Biarkan agak kering baru masukkan perahan air limau nipis dan mayonis dan gaul rata.Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu.



Kulit Karipap Pusing : (menghasilkan 24 biji saiz agak kecil..sesuai untuk sekali makan saiz satu keluarga)

Doh luar yang tak berminyak : (uli gunakan food prosessor)

160-170 gm tepung gandum

80-90 ml air suam + sedikit garam



Doh dalam yg berminyak : (juga ulian guna food prosessor)

80 gm tepung gandum

20 gm butter + 20 gm crisco



Langkah demi langkah cara membuatnya:

1) Doh luar yang tidak berminyak diuli hingga sebati.

2)Doh bahagian dalam diuli agak lama ..lebih elok jika seakan berminyak sedikit kelihatannya.

3)Bahagikan kepada 3 bahagian masing2nya dan untuk langkah seterusnya merujuk view show di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan