Isnin, 9 Ogos 2010

LAUK PAUK

Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).

Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.

Tuang ketiga-tiga sos tadi.

Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.



SIAKAP 3 RASA


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
375 ml sos tomato
250 ml sos cili
125 ml sos tiram
10 biji cili padi
1 sudu teh gula pasir
20 gm nanas
didadu
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasaknya:

1. Goreng ikan siakap hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Masak semua sos dalam satu kuali hingga mendidih.

3. Kemudian masukkan nanas, cili padi dan daun bawang. Kacau sekejap dan tuang atas ikan goreng tadi dan tabur bawang goreng.

Waktu penyediaan : 10 minit

Waktu memasak : 15 minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan